Nebula planet merupakan sejenis
nebula pancaran yang mengandungi cangkerang
gas dan
plasma yang berkilau oleh sesetengah jenis
bintang apabila mereka mati. Namanya berasal dari
abad ke-18 disebabkan oleh persamaan rupanya dengan
planet gergasi apabila dilihat melalui teleskop optik yang kecil, dan tidak mempunyai kaitan dengan
planet sistem suria.
[1] Mereka juga secara relatifnya mempunyai jangka hayat yang pendek, iaitu bertahan selama puluhan ribu tahun, jika dibandingkan dengan jangka hayat najam yang biasa iaitu berbilion tahun. Pada penghujung hayat bintang, ketika fasa
gergasi merah, lapisan luarnya akan terkeluar melalui denyutan dan angin najam yang kuat. Tanpa lapisan yang
legap ini, teras baki bintang akan menyala dengan terang dan berada dalam keadaan yang sangat panas. Sinaran
ultra ungu yang dipancarkan oleh teras ini mengionkan lapian luar yang terkeluar dari bintang yang bersinar sebagai
nebula planet. Nebula-nebula planet adalah objek yang sangat penting dalam astronomi kerana mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan
kimia galaksi, mengembalikan bahan kepada medium antara najam yang telah diperkayakan dengan
unsur berat dan hasil
nukleosintesis (seperti
karbon,
nitrogen,
oksigen dan
kalsium). Dalam galaksi lain, nebula planet mungkin satu-satunya objek yang mampu dicerap untuk mengetahui limpahan kimianya.Dalam beberapa tahun kebelakangan, imej
Teleskop Angkasa Hubble telah mendedahkan banyak nebula planet yang mempunyai bentuk yang rumit dan pelbagai. Hampir seperlimanya hampir
sfera, tetapi kebanyakannya tidak simetri. Mekanisme yang menghasilkan pelbagai bentuk dan ciri ini tidak lagi difahami, tetapi
bintang pusat dedua,
angin najam dan
medan magnet mungkin memainkan peranan.